Baca sampai habis kalau nak tahu kenapa anda perlu "OVERHAUL" USUS

Friday, 10 June, 2016

Hi girls,

Saya yakin anda semua dah baca blog post sebelum ni.

Tahniah sebab saya nak anda semua faham yang selama ni anda dah usaha macam-macam nak bagi jerawat kat muka hilang.

Thats good.

Try produk A, then produk B plak. Tengok iklan produk C macam menarik je, beli pulak produk C.

Sebab kita eager, sungguh-sungguh nak bagi jerawat sembuh. Nak muka flawless macam Mira Filzah. Hehe.

  • Nak selfie pun malu sebab muka banyak jerawat.
  • Malu nak jumpa orang. Kalau boleh tak nak keluar rumah.
  • Masa tu confident level memang down.

Tapi satu benda saya nak bagitahu anda, tu semua bukan salah anda pun.

Sebab tak ada orang nak bagitahu anda, apa yang anda buat selama ni salah.

Jerawat naik sebab usus kita kotor

Macam saya dulu, lepas duit dah banyak habis (nasib baik saya tak kira exact amount berapa, kalau tak boleh tunjuk kat sini) ...

Baru saya terjumpa kawan saya yang bagitahu, “Jerawat naik sebab usus kau kotor bro. Kau kena buat macam ni”

Saya nak cerita details, tak berapa nak ingat sangat lah. Dari segi dialog semua tu. tapi yang penting mesej yang saya nak sampaikan.

Ok, saya sambung semula.

Cerita Ilham

Nama kawan saya tu, Ilham @ Am. Dia tunjuk satu demo. Live demo depan saya (actually ada video. Nanti saya bagi link ke ye).

Lepas saya tengok demo tu dan penerangan dari dia, baru saya faham. Kenapa selama ni jerawat saya susah nak sembuh.

Dah makan supplement pun, tak berkesan sangat.

Am sebelum ni pun sebenarnya 'acne sufferer'. Boleh tengok gambar kat bawah, muka dia penuh jerawat. Jerawat besar, nanah dan kemerahan.

Ilham (Sebelum & Selepas)

Tapi tu dulu. Sekarang ni muka dia dah licin. Hehe (lubang parut jerawat yang besar tu still ada)

Tu yang buat saya makin percaya. Tapi tu no 2 sebenarnya.

Apa yang lagi penting bagi saya, saya suka fakta dan sains. Apa yang dia cakap related each other.

Nak tahu ke?

Meh saya cerita.

Usus kotor sebab apa?

Ok, bayangkan anda dah hidup berapa lama. Mungkin dah 25 tahun. Setiap hari kita makan kan.

Macam-macam kita makan. Ayam, daging, ikan, roti, nasi, mee, fast food, minuman 3 in 1, makanan dalam tin, biskut, yang banyak lemak, minyak, lebih gula, lebih garam, macam-macam lagi lah kalau saya nak list kat sini.

Dan kalau anda nak tahu, kebanyakan makanan yang kita makan ada toksin.

Contoh paling mudah, ayam yang selalu kita makan.

Nak bagi ayam cepat besar, ofkos suntik kan. Semua orang tahu.

Bahan yang diorang guna untuk suntik ayam tu, bertoksin sebenarnya.

Toksin = bahan asing bagi badan, bila masuk dalam badan akan jadi racun. Badan tak tahu nak proses benda asing ni sebab memang bukan tugas organ. Benda baru bagi badan.

Tu baru cerita pasal ayam.

Fast food yang guna pengawet, pewarna, bahan sintetik. Hmmm.

Toksin ni akan berkumpul dalam perut kita dan makin bertambah sebab hari-hari kita makan.

Tapi kita tak pernah cuci usus untuk buang toksin dari badan.

Asalnya usus kita bersih, tapi lepas sekian lama tak pernah cuci (atau detoxification), usus jadi ‘berkarat’ dan kotor dengan bahan buangan bertoksik.

Tu pasal toksin.

Lagi satu saya nak buat analogi. Lepas makan, biasa kan ada sisa makanan melekat kat gigi.Lepas beberapa jam, konfem sisa makanan yang kat gigi tu jadi busuk.

Tu baru kat gigi. Kalau makanan yang dah lama masuk dalam perut, agaknya busuk tak?

Memang kita buang air besar tapi masih ada sisa buangan yang tak clear, yang melekat kat dinding usus.

So, akibatnya badan kita tercemar dengan toksik.

Dari situ mula la timbul macam-macam masalah - kulit kusam dan jerawat.

Ye, jerawat. Salah satu punca jerawat naik sebab usus kotor.

Puncanya usus kotor tapi cuci muka. Agaknya boleh sembuh tak?

Tu sebab kita dah guna macam-macam produk tapi jerawat still naik.

Lepas stop pakai produk skincare, jerawat start naik balik.

Apa penyelesaiannya?

Tu sebab kita kena ‘overhaul’ usus!

Untuk buang toksin dari badan. Bagi usus bersih.

Ingat kereta je kena overhaul. Usus pun kena sebab dah lama tak cuci!

Lepas usus dah bersih, insyaAllah kulit jadi cantik dan jerawat pun clear.

Lepas tu pakai apa-apa produk kat muka, lagi glowing dan berseri-seri macam mira filzah :P (contoh je. Kan sekarang tengah famous)

Saya nak tanya sikit lah. Boleh?

Nak tahu ke cara sebenar “overhaul” usus ni?

Kalau serius nak tahu, komen sikit kat bawah ni “saya nak tahu cara overhaul usus”

Nanti saya update next blog post ye.

Stay tuned!

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.