5 Langkah Penting Penjagaan Kulit Muka Untuk Masalah Jerawat Biasa @ Kronik

Hi guys and girls,

Ramai orang kat luar sana ada masalah jerawat. Biasa-biasa atau pun kronik. Dari remaja sampai dah bekerja pun masalah jerawat masih tak selesai.

Sedih kan?

Anda juga mungkin ada masalah yang sama, tu sebab anda sampai sini. Betul?

Sebenarnya dulu, saya pun ada masalah yang sama. Sekarang ni Alhamdulillah dah ok. Jerawat kecik naik tu biasa la.

Jerawat besar + darah + nanah, Alhamdulillah dah tak ada.​

​Macam mana saya buat?

Saya akan cerita bila saya free nanti. Boleh? Hehe.​

​Orite, kembali kepada tajuk blog post ni. Sebenarnya bosan kan cerita benda yang sama.

​Ada masalah jerawat je, suruh cuci muka, pakai toner, sapu krim jerawat, serum ni, krim tu.

Tapi jerawat still tak surut. Hampa. Kecewa. Sedih. Semua perasaan ada.

Its ok guys and girls. Saya faham. Saya pernah lalui benda yang sama.

Cuma, penjagaan kulit ni benda asas yang kita kena buat lebih-lebih lagi kalau kulit berjerawat.

Saya recap semula step by step cara cuci muka yang saya buat masa tengah excited nak bagi jerawat hilang. Lepas beli set skincare baru. Hehe.

STEP 1 : Guna makeup remover

Sebelum tu saya nak bagitahu awal-awal, saya ni lelaki tau :P

Lelaki pun still kena pakai makeup remover. Saya cuma follow mentor saya, dia yang ajar dan tolong belikan set pencuci muka tu termasuklah makeup remover.

So, saya pakai je lah. Haha.

Makeup remover ni penting, kena pakai sebelum cuci muka untuk buang kotoran-kotoran kasar (macam makeup, habuk-habuk lepas seharian kat luar).

Tuang atas kapas then sapu kat muka. Mesti nampak daki hitam atas kapas.

STEP 2 : Cuci muka guna gel cleanser

Saya cadangkan guna pencuci muka gel based.

Cuci muka macam biasa, 2x sehari. Pagi dan malam sebelum tidur.

Tapi jangan biarkan terlalu lama atas muka ye.

STEP 3 : Guna toner. Pastikan alcohol-free

Lepas je cuci muka, pakai toner sama ada guna tapak tangan yang bersih atau kapas.

Pastikan sapu ke arah atas (tarik kapas dari bawah ke atas) supaya cepat meresap dalam kulit.

Kenapa penting toner ni selain untuk ketatkan liang roma?

Sebab walaupun dah guna makeup remover dan pencuci muka, akan ada kotoran yang masih tak tanggal.

Sisa dari pencuci muka, makeup sikit-sikit dan etc.

So, toner ni bagus sebagai ‘secondary cleansing’.

STEP 4 : Saya tak tahu nak letak nama general dia apa. Nama produk ni Aloe First.

Saya pakai benda ni lepas pakai toner.

Just sembur je kat muka.

Dalam aloe first ni ada herba-herba dari tumbuhan untuk soothing.

STEP 5 : Sapu gel aloe vera

Masa muka tengah basah lepas sembur aloe first, sapu gel aloe vera ke seluruh muka.

Nak lagi best, simpan aloe vera dalam petis sejuk. Bila sapu, fuhhh rasa nyaman. (psstt: kalau sunburn, memang best sapu aloe vera sejuk)

Biarkan kering. Then boleh tidur. Hehe. Ataupun buat kerja lain sementara nak tidur.

Kalau nak kulit cantik, kena la latih diri tidur awal.

Jangan berjaga sampai tengah malam walaupun saya ni memang susah nak tidur awal. Hmm.

Mungkin boleh gantikan step 4 dan step 5 dengan krim jerawat atau apa-apa yang sesuai.

Lepas stop pakai skincare, jerawat naik balik tak?

Orang cakap, jerawat naik sebab minyak berlebihan, lepas tu liang roma tersumbat. Ada pulak bakteria kat liang roma tu + habuk dan kotoran. Poops, jerawat naik.

So kena la rajin-rajin basuh muka ye.

Tapi, apa yang kita buat selama ni, maksud saya guna skincare macam saya cerita kat atas tu, hanya untuk kawal dan cegah jerawat dari naik lagi teruk.

Perasan tak, anda dah pakai skincare tu untuk 2-3 bulan, jerawat terkawal, kulit ok, tak ada masalah sangat.

Then anda stop guna skincare tu sebab anda rasa jerawat dah ok.

Tapi lepas stop, jerawat start naik balik.

Hmm. Pelik kan.

Kejap, saya nak tanya soalan sikit boleh tak?

Mungkin anda ...

  • Dah lama ada masalah jerawat (mungkin dah 2-3 tahun) tapi sampai sekarang masih tak baik lagi. Jerawat still naik walau dah pakai skincare.
  • Dah tak tahu nak pakai apa dah. Ubat moden, tradisional semua dah cuba. Tapi kecewa.
  • Dah cuba banyak supplement, tapi tak semuanya berkesan. Dah la mahal.
  • Dah banyak duit habis beli macam-macam produk.
  • Fobia nak beli produk jerawat, takut tak berkesan. Membazir je.

Kalau anda angguk kepala minimum 2 (dua) statement yang kat atas ni, maksudnya kita ada masalah yang sama.

Tapi kalau anda geleng kepala semua statement kat atas tu, anda tak ada masalah lah. Hehe.

So, boleh saya pinjam masa anda kejap? Tapi anda dah baca sampai sini maksudnya anda memang serius nak dapatkan kulit cantik bebas jerawat. Kan?

Untuk next blog post, saya akan explain kenapa jerawat kita susah sangat nak sembuh.

Dah pakai skincare, still tak jalan. Lagi teruk lepas stop pakai, jerawat mula naik balik.

Anda tahu sebab ni, misi anda nak bebas jerawat lagi mudah. Anda dah nampak jalan kat depan mata.

Tak nak terlepas blog post seterusnya?

Masukkan nama dan email kat bawah ni. Selalu cek email anda sebab saya akan bagi link khas dalam email nanti.

Thanks!

Masukkan NAMA dan EMEL anda kat bawah ni. Lepas klik butang merah terus cek emel tau.

Siapa penulis blog ni?

Zarif AzizEx-Acne Sufferer

Zarif Aziz merupakan seorang yang pernah mengalami masalah jerawat batu yang teruk.

Passion beliau adalah membantu orang di luar sana hilangkan jerawat batu dengan cara dan sistem yang betul.

Beliau sangat benci pada mereka yang nak hilangkan jerawat dengan cepat tanpa ilmu yang betul serta lambakan produk (jerawat) yang kurang berkualiti.

Servis beliau bukan untuk mereka ​yang mencari skincare @ produk jerawat seperti yang banyak di pasaran,

Tapi untuk mereka yang nak bebas jerawat luaran dan dalaman dan sanggup ikut langkah dan sistem yang betul.